Borang Pendaftaran Wakaf Solar Di Kemboja 2026



1. Inisiatif Terbaharu Aula Qurban: Menerangi Kehidupan Masyarakat Minoriti Muslim di Perkampungan Kemboja

Aula Qurban dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan memperkenalkan inisiatif terbaharu bagi membawa cahaya harapan dan kemudahan asas kepada masyarakat minoriti Muslim di perkampungan pedalaman Kemboja. Melalui projek Wakaf Solar, kami berhasrat untuk menyediakan kemudahan tenaga elektrik yang bersih, mampan dan selamat.

Tenaga solar ini akan digunakan secara langsung untuk:

  • Sekolah – membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, terutamanya pada waktu malam.

  • Masjid – menerangi rumah ibadah bagi kegunaan solat berjemaah, kelas agama dan aktiviti komuniti.

  • Kediaman penduduk – memberi cahaya kepada keluarga yang selama ini hidup dalam kegelapan, menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.

Ramai antara mereka masih bergelap setiap malam, bergantung kepada lilin atau lampu minyak yang tidak selamat. Dengan bantuan anda, kita mampu mengubah realiti ini. Setiap sumbangan anda adalah peluang untuk menerangi kehidupan mereka, bukan sekadar dengan cahaya fizikal, malah dengan cahaya kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.

Bersama kita nyalakan harapan, sinarkan masa depan. Jom berwakaf dan bantu mereka hari ini. Satu panel solar, seribu keberkatan!

* (Gambar) Nama pewakaf telah dipadamkan bagi menghormati privasi pewakaf.

2. Peringatan penting: 

1. Sekiranya nama peserta telah melebihi daripada had kotak yang telah ditetapkan atau sebarang urusan penambahan nama / ejaan dan lain - lain isu berhubung borang pendaftaran anda sila hubungi kami di pautan chat box di bawah. 

2. Sekiranya anda sudah selesai menghantar borang Wakaf Solar anda, sila sertai kumpulan WhatsApp kami melalui pautan yang telah di nyatakan untuk mengikuti  perkembangan Wakaf Solar anda di Kemboja. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Wakaf Solar Kemboja
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN